Sebenarnya Kita Check-in di Application Untuk Apa?

ceritanya hari ni aku baru balik dari Kuantan. Dan hari ni lepas berjalan jauh n singgah macam-macam tempat, aku terpikir satu benda.

Check-in di application.

Dulu aku rajin jugak la check in, tak tau kenapa. Sampai je mane mane kadang tu mesti terpikir nak check in.

Aku nampak ramai je orang macam aku so aku rasa nirmal lah kot kan. So aku layan kan je la tabiat "pelik" aku ni.

Lepas tu sampai satu tempat, seingat aku hotel tempat kami menginap, aku nak check in di app, tapi pada masa sama otak aku tanya hati aku "kenapa kena check in kat app ni ea?"

Aku rase macam tak tau nk jawap apa sedangkan yang tanya tu diri sendiri kot. 

Then I feel so useless...

 Antara soalan aku pikir;
Sekadar suka-suka ke? 
Apa faedahnya ye?
Nak buat apa bagitau org kau kat tempat tu? 
Nak semua orang tau kau kat mana?
Nak kata ko dah sampai situ?
n the questions go on in my head...

Lagu tak paham bila ada yang check in ade dekat Mekah lah, Madinah lah. Such a trend now. Ade masa ea nk check in kat app bile ade kat tanah suci? aku tak pernah pegi tapi bile dengar orang cite kalau betul ingat nak beribadat tak dan dah nak tengok fon sangat. Hmmm my head go around n keep questioning.

Tapi bila aku perati kawan aku yang jenis high class gitu g UK, Paris, German, Spain, Korea, Japan, relax je takde pun nak check in check in. 

Kita baru g umah jiran,singgah beli cendol tepi taman perumahan, dah check in bagai. Kenapa ea?
 
Bertambah rasa lagi useless aku dgn apa yang aku buat tu. Soalan yang sama datang bile aku nak check at some place.

"kenapa kena check in?"

Padahal tak de sape kisah pun ko pegi n berada kat mane. Ade pun 1 dalam 1000 orang je kot. Tu pun kalau ade lah.

So apa tujuan kita check in?

Aku tak habis pikir dan aku dah mula berhenti check in sebab tak jumpa jawapan dia selain "saje nak update kat app"
Useless. Orang pun tak mau tau kot. hahaha...

"MALAYSIA" yang Hilang...


Terjumpe luahan no dalam FB.
Menangis aku baca... Aku rase sesiapa yang sayangkan Malaysia pun akan menitiskan air mata, tak secara zahir tapi batin mesti teriak kecil rasa sedih.
_________________________________

"Ada orang kata Tun Mahathir lah punca apa yang berlaku sekarang... zaman Tun Mahathir ada peras ugut... memang betul.. memang betul..

Tapi zaman mahathir... walau pun ada krisis tapi negara tetap berjalan lancar...malah negara Malaysia di kagumi oleh satu Dunia kerana mahathir..

 ingat masa tu SATU ASIA duit jatuh... tapi kita sebagai rakyat boleh di katakan tak terasa... mahathir dengan Daim langsung tutup aliran duit keluar negara... sekat duit keluar.... batal note 500 dan 1000... jual jet semata mata pertahankan mata wang negara... tolak tawaran pinjaman IMF...kena kutuk pulak tu sebab tolak pinjaman imf.... tapi sudahnya negara kita dapat bertahan dengan baik... pembangunan berjalan dengan teratur... dan negara lain yang dulu pinjam imf... maseh berhutang...terikat dengan imf.. 

Nak lagi hebat... pernah tahukah korang tahu bahwa Tun Mahatihr dan seangkatannya pernah secara senyap senyap ambil alih syarikat terbesar dibritish dan seterusnya mengambil alih ekonomi negara yang dulunya di bawah british???? Peristiwa itu amat manis sebab dulu kita hanya merdeka pada nama tapi banyak aset negara di kuasai british tapi berkat kebijaksanaan tun.. kita kembali kuasai ekonomi kita sendiri... Sehingga ianya jadi kejutan satu dunia... 

Carilah maklumat tentang mahathir di luar negara... boleh di katakan semua pemimpin luar negara kagum dengan tun Mahathir.. kelantangan beliau bersuara... prinsip beliau tentang kekejaman yahudi semua secara terang.. Tun Mahathir la yang membuatkan Malaysia terkenal di dunia... sampaikan kemajuan Dubai pun di kaitkan dengan Tun Mahathir.. 

Tapi berbeza dengan pimpinan Najib... terlalu boros duit keluar... seminggu sebelum GST bermula beli jet... jet dah ada 7 tau sekarang... seminggu selepas GST bermula semua menteri naik gaji rm5000... melabur di luar negara yang langsung tak de keuntungan... mara pun dengar ada melabur di luar negara... dengan cara rosmah berbelanja ... semua satu dunia tau...

Tambah pula nak di masukkan 1.5 juta bangla masuk malaysia... tahu tak masa bangla 1.5 juta tu bila dah berkerja di sini.. berapa banyak pula duit malaysia yang keluar?????

Ingatlah selagi laju deras mata wang kita keluar.... selagi itulah rm kita jatuh...

Tahu tak sekarang di asia hanya malaysia duit rm kita yang ketara jatuh??? Sampai sekarang satu langkah pun takde cara selamatkan duit ringgit kita.. ada tak.. atau pun menteri kewangan kita maslan sibuk dengan nasi goreng die dan suruh kita berjimat di atas landasan yang dia buat... ada rasa macam pendapat dungu tak..

Yang si menteri Nazri pulak bangga duit jatuh sebab katanya pelancong akan suke berbelanje kat sini.. akai ada tak... korang tak da usaha langsung naikkan mata wang malaysia ke... yang nampak naik semuanya menjadi beban pada rakyat....

Berkata tentang brim... mahathir tak pernah setuju tentang pemberian brim.. sebab duit tu duit hangus... memang duit tu berbelanja di negara kita juga... tapi ibarat duit hangus..ibarat duit sogok... cuba duit brim tu di masukkan sebagai subsidi minyak... harga minyak rasa akan lebih murah.. atau duit brim tu di kumpul dan di jadikan modal penubuhan syarikat gergasi di malaysia.. dan rakyat kita berkerja disana... kita dapat gaji... kerajaan dapat untung... 

Malang sungguh sebab kita punya menteri menteri yang rasa bijak pandai seorang demi seorang buat stetmen bodoh... boleh dikatakan takde langsung bila menteri keluar stetmen... kita sebagai rakyat boleh mengucapkan terima kasih.... ini tidak... semua stetmen rasa nak balas dengan tapak kaki... nasib baik kita ada bekas TPM muhidin yang sedar... yang nampak...

Dengan GST lagi... dengan kenaikan satu persatu harga barang... kes topup pun tak boleh selesai... mula cerita ... topap dah sedia ada cukai sst 6%... di ganti dengan gst 6% maksud tiada sebarang kenaikan...tapi apa yang dah jadi... senyappppp... sebab melalui topup keuntungan dah berapa keuntungan masuk....

Semua macam dah tak nampak keluhan rakyat... semua buat buat tak tau.... sebab nak selamatkan pangkat dan gaji...

Jangan cari salah Tun Mahathir... itu semua kecil jika di bandingkan dengan apa yang kita kecapi sekarang...pimpinan mahathir jauh beza terurus... Berterima kasih lah dengan Tun Mahathir... tanpa die kita tak kan maju seperti sekarang... PM lain cuma sambung siram air je... pokok Mahathir dah tanam dah berbunga

Jangan kita cari salah Tun Mahathir...  tak di nafikan tetap ada kelemahan dan krisis dalam pemerintahan Mahathir... tapi kita pandang jauh berfikiran terbuka... buka mata seluasnya dan lihat segala pembangunan pencapaian yang di bawa oleh mahathir... kita ambil yang positif... pemimpin luar boleh segan bangga dengan cara mahathir... kenapa tidak kita bangga...

Setiap pemimpin ada kelemahan masing masing... tapi kelemahan mahathir bukan menghancurkan negara... tapi beliau naik kan  nama Malaysia.

Silap kita cuma cari salah menyalahkan mahathir... kenapa tak ambil yang positif tentang tun? Ego sangat kah kita? Pandai sangatkah kita? Belajarlah rendah diri...

Terlalu mudah mencari salah Tun Mahathir bukan penyelesaian... beliau dah tunjukkan bukti jenama kan Malaysia... 

Kenapa mesti orang luar, pemimpin luar negara yang kagum dan tabik pada Mahathir? Siapa lagi pemimpin kita yang di segani selain Tun...

Tun amat tegas dan berani... walaupun Tun berada di studio di tengah tengah kota London... dan di tanya kenapa Mahathir menentang yahudi.. Tun tetap dengan pendiriannya... percaya tak carilah video interview Mahathir di tengah kota London dan lihat bagaimana Mahathir lantang bersuarakan prinsipnya...
Di tanya... bukankah Mahathir sepatutnya sudah mengundurkan diri anda patut diam... Tun berkata apakah saya harus diam bila melihat seseorang melakukan sesuatu yang tak baik dengan negara saya di dalam negara saya....dan saya harus diam?? pasti saya tak boleh diam sebab itu akan menjadikan saya tidak bertanggung jawap pada negara saya sendiri...

Carilah videonya dan tengok....

siapa yang boleh gantikan Tun Mahathir???

Siapa lagi yang tegas seperti Mahathir

Belum ada sesiapa....

Saya tidak kata Tun Mahathir itu sempurna tapi sekurang kurangnya berfikiranlah terbuka dengan dirinya.

Kalau Tun Mahathir seperti "mereka" tak payahlah Tun susah payah tegur demi kita

Betul kata Tun Mahathir... Melayu Mudah Lupa

Kita maseh beruntung sebab TMJ berani tegur tentang konflik dalam negara walau di balas pedas oleh menteri yang pegang kipas...

Saya sendiri pangkah umno setiap kali pilihan raya lepas.. kalau macam ni.. apa yang nak di harapkan..

Tanggung jawap kita kuatkan silahratulrahim... kuat kan melayu... kuatkan islam... sebab melayu kita dah lemah sekarang... dah hanyut... 

Bangsa lain yang pegang ekonomi kita... kita tak boleh salahkan mereka sebab mereka rajin... tapi dimana pemuda pemudi kita...??? Hanyut....

Dah sampai masa kita kukuhkan ekonomi kita sendiri... bagaimana? Tentulah bermula dengan diri kita sendiri...

Jangan marah tapi itulah kenyataan

Kita berdoalah negara kita dapat kekal aman sejahtera... segala ancaman dapat kita tangani.. sebab Malaysia adalah negara teristimewa di dunia yang punya bermacam bangsa,agama dan budaya...

Salah petik... maka kembalilah kita pada permusuhan kaum.... masa tu... kalau berlaku.. orang luar cuma tepuk tangan ajek... dengan tunggu masa nak selit dalam masalah dan berlagak hero..

Akan datang... walau parti manapun yang memerintah esok...tolonglah kekal kan jenama Malaysia kita selama ini.... sebab... itulah kita... bahasa kita bahasa melayu kita... islam agama rasmi kita... 

Pun begitu kita patut bangga sebab Malaysia adalah satu satunya negara di dunia yang rakyatnya bebas mengamalkan agamanya masing masing dalam harmoni dan aman....

Saya sendiri kalau di beri peluang ingin berdepan bertentang mata dengan Tun Mahathir  berbual masa beliau masih hidup.... andailah dapat.... saya bersyukur andai dapat di pertemukan dengan tokoh yang saya kagumi....

Kawan kawan

Bersamalah kita gengam tangan kuat kuat bersama dan kekalkanlah.... sebab... sedikit punca.... nyawa boleh jadi begitu amat murah..."

# Sumber aku menulis: 
Apa yang di depan mata 
Apa yang ada di dada akhbar kita

- Ary Ariasputera

https://www.youtube.com/watch?v=QDfL-7YDVUI




DA Lesen Transisi AUTO jerrrr

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Dengan rasminya Alhamdulillah aku dah ada lesen kereta. Tapi ! Tak ada kereta. Kah! Tak pe pelan-pelan kayuh. Insha Allah, macam mana aku nak lesen dulu, macam tu lah nanti Allah bagi keretakan? 
Satu-satu, jangan tamak.
Okay, apa pun aku ambik lesen DA je bukan D. Means aku boleh bawak Auto punya transition sahaja. Lepas tu ada lah mulut hamba-hamba Allah ni kata rugi lah tak boleh bawak manual, nanti ade emergency macam mana? apalah and so ever sebab kalau ambik D je boleh bawak dua-dua. 
Sebelum membalas hujah-hujah mereka, aku bagi salam dulu dekat mereka mereka yang ada fikiran macam ni.
Assalamualaikum, 
(Yang tak berfikir macam ni, jawab pun dapat pahala :) )

Famous condemn yang selalu diorang persoalkan. 
(1) Rugi lah boleh bawak Auto je
Jawapan aku:  
Nanti beli kereta pun aku nak beli kereta auto la. Tak teringin pun nak beli manual. Bukan sombong pasal manual tu murah k, tapi aku rase tak larat kot nak nekan minyak lelame lelagi mase jem. Kena tukar gerar bagai. huh. Lelagi jammed. Main point dia, auto lah senang~
Lagi pun takkan lah aku tetibe nak pinjam kereta manual orang secara tak semena-semena tak? 
Minah : Eh, kereta kau manual kan? nak pinjam.
Peah : (Dalam hati).....................(Korang jawab lah sendiri berdasarkan orang yang kau nak pinjam tu ye,kah!)

Hati orang kita tak tahu ye dok?  Tah dia jenis tak boleh bagi orang pandu kereta dia ke kan?


(2) Kalau emergency macam mana? Ade transisi manual je.

Jawapan aku :
Dah kata pun emergency, tak kan lah aku nak pakai kereta orang kot.Emergency buat kita pandu lagi bahaya kot. Mostly mesti laju punya lah kan? Jangan tipu lah masa emergency ko masih bawak seperti biasa. At least laju sikit dari biase lah wey. Tak pun kurang fokus .
 Alahai, fikir lah jalan nye, apa susah? Yang jadi susah bila kau ni terlalu manja. Masalah sikit dah kecoh, bukan nak guna otak kanan kiri yang Allah bagi pinjam tu. Rugi je Dia bagi pinjam tau. Uhukkk.

Bagi aku, apa masalahnya kan? Kalau tak de kereta or kereta aku rosak tetime urgent, tinggal kereta manual je? 
Eh sebelum dapat lesen, aku boleh je naik bas ke, teksi ke, LRT, atau menumpang orang je. Takkan lah masa-masa urgent tak boleh pikir jalan keluar? Bukan urgent or emergency setiap hari kan? (Kecuali terbangun lambat hari-hari then nak  pergi kerja jammed sebab lambat keluar, tu urgent setiap hari namanya). Kalau sebelum ada lesen, ko boleh je pikir padahal ko tak de lesen auto o manual langsung. Apa masalahnya?
Lagi pun ko nak kebawak kereta orang? Kecuali kau memang jenis meminjam orang je kerjanya tak termasuk termasuk  family member yg baik)

Hamboi senang nye hidup kalau ada prinsip macam ni dalam hidup kau? Eh ko ingat senang? Lelalame orang menyampah ko jadi susah tau!

Apa-apa pun prinsip aku, takkan bawak kereta orang selain kereta family or orang FORCE to bawak kereta dia. Macam FORCE AWAKAEN~ gurau. Tu pesan mak. Ingat !