Sebenarnya Kita Check-in di Application Untuk Apa?

ceritanya hari ni aku baru balik dari Kuantan. Dan hari ni lepas berjalan jauh n singgah macam-macam tempat, aku terpikir satu benda.

Check-in di application.

Dulu aku rajin jugak la check in, tak tau kenapa. Sampai je mane mane kadang tu mesti terpikir nak check in.

Aku nampak ramai je orang macam aku so aku rasa nirmal lah kot kan. So aku layan kan je la tabiat "pelik" aku ni.

Lepas tu sampai satu tempat, seingat aku hotel tempat kami menginap, aku nak check in di app, tapi pada masa sama otak aku tanya hati aku "kenapa kena check in kat app ni ea?"

Aku rase macam tak tau nk jawap apa sedangkan yang tanya tu diri sendiri kot. 

Then I feel so useless...

 Antara soalan aku pikir;
Sekadar suka-suka ke? 
Apa faedahnya ye?
Nak buat apa bagitau org kau kat tempat tu? 
Nak semua orang tau kau kat mana?
Nak kata ko dah sampai situ?
n the questions go on in my head...

Lagu tak paham bila ada yang check in ade dekat Mekah lah, Madinah lah. Such a trend now. Ade masa ea nk check in kat app bile ade kat tanah suci? aku tak pernah pegi tapi bile dengar orang cite kalau betul ingat nak beribadat tak dan dah nak tengok fon sangat. Hmmm my head go around n keep questioning.

Tapi bila aku perati kawan aku yang jenis high class gitu g UK, Paris, German, Spain, Korea, Japan, relax je takde pun nak check in check in. 

Kita baru g umah jiran,singgah beli cendol tepi taman perumahan, dah check in bagai. Kenapa ea?
 
Bertambah rasa lagi useless aku dgn apa yang aku buat tu. Soalan yang sama datang bile aku nak check at some place.

"kenapa kena check in?"

Padahal tak de sape kisah pun ko pegi n berada kat mane. Ade pun 1 dalam 1000 orang je kot. Tu pun kalau ade lah.

So apa tujuan kita check in?

Aku tak habis pikir dan aku dah mula berhenti check in sebab tak jumpa jawapan dia selain "saje nak update kat app"
Useless. Orang pun tak mau tau kot. hahaha...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sampai sejauh ini ^_^